Tuesday, April 8, 2025
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alyph minta hormat keputusan tiada ‘comeback’ bersama Sleeq

    Tidak mudah membuang nama Sleeq dalam hidupnya, penyanyi dan komposer Alyph memberitahu buat masa ini dia belum ada niat bergabung semula dengan sepupunya iaitu Syarif.

    Mengulas perkara itu, Alyph atau Muhammad Aliff Abdullah, 36, meminta orang ramai menghormati pendirian mereka memandangkan masing-masing sudah membuat haluan sendiri.

    “Sekarang ini banyak platform yang boleh kita dengar dan itu adalah hadiah buat kumpulan Sleeq, untuk berikan lebih sekarang ini macam tidak sebab zaman sudah habis.

    “Itu sepupu saya dan sekarang ini dia (Syarif) tengah sibuk dengan kehidupan sendiri, kami hanya berjumpa untuk minum kopi saja sebab sudah 10 tahun kami bersama.

    “Rasanya ini waktu fokus kepada kerjaya sendiri, saya harap orang dapat hormat pendirian kami,” kata Alyph kepada mStar. – Agensi

    Penyanyi rap Singapura, Sleeq, yang terdiri daripada dua orang sepupu iaitu Alyph dan Syarif, tidak merancang untuk kembali bergabung. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda