Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Alyph minta pendengar ‘Check’ diri sendiri

    Selepas kejayaan lagu Swipe, penyanyi, Alyph mempertaruhkan pula single terbaharu berjudul Check hasil ciptaannya sendiri.

    Menariknya mengenai lagu tersebut, Alyph atau Muhammad Aliff Abdullah, 34, berkata, ia sudah dihasilkan sebelum Swipe yang mencipta fenomena dalam kalangan pendengar dalam dan luar negara.

    Alyph berkata, menerusi lagu baharu itu dia ingin mengingatkan orang ramai untuk sentiasa ‘check’ atau menyemak pada diri sendiri.

    “Lagu Check ini sebenarnya saya sudah gubah dan tulis liriknya lebih lama sebelum Swipe.

    “Menerusi lagu ini, saya mahu mengingatkan pendengar untuk sentiasa menyemak diri sendiri dan untuk melaksanakannya bukanlah dengan menetapkan segalanya di dalam kepala.

    “Tetapi awda juga harus memastikan persekitaran, tenaga dan orang di sekeliling agar dapat sama-sama searah dan sependapat,” katanya menerusi kenyataan kepada mStar.

    Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Singapura ini memberitahu ketika ini sedang bekerja keras untuk menyiapkan sebanyak lagu pada 2023.

    Ini kerana kata Alyph, tahun ini adalah paling terbaik untuk memperluaskan fenomena yang dicipta menerusi lagu Swipe.

    “Saya kini sedang bekerja keras untuk menyiapkan sebanyak lagu dengan setiap peluang yang ada. Tahun 2023 adalah tahun terbaik untuk memperluaskan fenomena yang dicipta melalui Swipe.

    “Saya juga sedang menyiapkan sebuah album yang akan menampilkan lagu-lagu yang mudah dinikmati namun tetap mempunyai maksud mendalam tentang erti kehidupan,” ujarnya. Check kini boleh distrim di semua platform digital dan video muzik lagu tersebut juga boleh ditonton menerusi saluran YouTube.

    Untuk rekod, Swipe berjaya me-nerima sebanyak tujuh juta tontonan di YouTube selain lima juta penstriman di Spotify. – Agensi

    Alyph muncul dengan single baharu, Check. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...