Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amal gaya hidup sihat, bersih

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan bekerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kupang, Daerah Tutong, kelmarin, telah mengungkayahkan kempen kebersihan dan kesihatan di masjid berkenaan, kelmarin.

    Seramai 50 orang daripada kalangan Muslimah Masjid Kampung Kupang dan Masjid Kampung Sinaut telah menyertai kempen tersebut.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Kampung Kupang, Hajah Nekmah binti Haji Mohammad.

    Antara tujuan program tersebut adalah untuk menyahut seruan Kementerian Kesihatan untuk sentiasa menjaga kebersihan sekali gus membendung penularan berbagai-bagai jenis penyakit berjangkit. Selain itu juga mengajak Muslimah untuk sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat sekali gus menceriakan lagi kawasan masjid.

    Kempen juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan Muslimah Kelas Bimbingan Muslimah. Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh Guru Ugama Terlatih Tingkat Khas, Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Hajah Nadhirah binti Haji Lahit.

    Dengan adanya program berkenaan diharap akan dapat membimbing Muslimah menjaga kebersihan diri dan alam sekitar sebagai amalan kehidupan seharian kerana Islam adalah agama yang mendorong semua penganutnya untuk mencintai kebersihan.

    Mereka yang hadir ketika mendengarkan tazkirah semasa acara tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda