Friday, May 16, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amal hidup sihat, hindari penyakit kardiovaskular

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Penyakit kardiovaskular termasuk penyakit jantung dan strok adalah penyebab utama kematian di seluruh dunia.

    Dianggarkan 17.9 juta kematian setiap tahun atau 31 peratus kematian di seluruh dunia adalah disebabkan penyakit kardiovaskular.

    Di Negara Brunei Darussalam, penyakit kardiovaskular adalah penyebab kematian kedua tertinggi selepas kanser, yang mana menyumbang kepada hampir 25 peratus punca kematian pada tahun 2019.

    Apa yang lebih membimbangkan adalah peningkatan penghidap penyakit kardiovaskular di kalangan orang yang lebih muda.

    Pada tahun 2019, penyakit kardiovaskular menyebabkan lebih kurang 26 peratus kematian pra-matang (kematian sebelum umur 70 tahun) di negara ini, yang mana ini telah meningkat daripada 20 peratus pada tahun 2013.

    Selain itu, jumlah prosedur-prosedur yang berkaitan dengan penyakit kardiovaskular juga telah meningkat.

    Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar (gambar atas) dalam perutusannya hari ini sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2020 esok.

    Menurut kenyataan daripada Kementerian Kesihatan di sini, hari ini, sambutan Hari Jantung Sedunia yang diraikan setiap tahun merupakan salah satu platform dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai penyakit kardiovaskular dan pada masa yang sama mengingatkan orang ramai bahawa penyakit kardiovaskular dapat dicegah dengan mengambil langkah-langkah terhadap faktor-faktor risiko penyakit jantung.

    Gleneagles JPMC telah mencatatkan peningkatan prosedur-prosedur rawatan jantung seperti Angiogram – prosedur meningkat daripada 965 pada tahun 2013 kepada 1,241 pada tahun 2018; Angioplasty – meningkat kepada 725 prosedur pada tahun 2018 berbanding dengan 550 prosedur pada tahun 2013; serta pembedahan jantung dan yang berkaitan, meningkat daripada 138 kes pada tahun 2013 kepada 183 kes pada tahun 2018.

    Jelas kenyataan itu, faktor-faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit kardiovaskular adalah termasuk faktor-faktor risiko tingkah-laku (behavioural risk factors) seperti penggunaan tembakau, pengamalan makanan kurang sihat seperti pengambilan lemak dan garam yang berlebihan, dan gaya yang tidak aktif.

    Kesemuanya ini boleh dicegah dengan membuat perubahan kepada amalan cara hidup yang sihat. Manakala faktor-faktor risiko yang berkaitan seperti obesiti, tekanan darah tinggi, tahap kolesterol tinggi, diabetes atau kencing manis juga dapat dicegah atau dirawat, jika dikesan awal.

    Dengan tema Use Heart to beat Cardiovascular Disease (Gunakan Jantung untuk menentang Penyakit Kardiovaskular), sambutan Hari Jantung Sedunia pada tahun ini menggesa orang ramai untuk menggunakan minda bagi memahami apa yang perlu dilakukan demi kesihatan jantung dan bertindak mengikut pengetahuan tersebut serta mengubah tingkah laku kepada gaya hidup sihat dalam mencapai kualiti hidup yang lebih baik.

    Selain itu, menggunakan pengaruh sebagai individu seperti memberi yang terbaik buat orang di sekeliling terutamanya keluarga dan orang tersayang; menggunakan pengaruh sebagai pakar penjagaan kesihatan untuk membantu orang ramai atau pesakit dalam membuat perubahan positif demi kesihatan jantung mereka; menggunakan pengaruh sebagai majikan untuk mewujudkan tempat kerja yang sihat; dan sebagai penggubal dasar untuk melaksanakan polisi dan inisiatif yang boleh membawa kepada kesihatan jantung masyarakat yang lebih baik, seperti larangan merokok, cukai gula dan sebagainya.

    Orang ramai turut digesa untuk menanamkan tanggungjawab dan perasaan belas kasihan untuk membantu golongan yang vulnerable dan berisiko tinggi terutama sekali semasa pandemik wabak COVID-19 ini, termasuklah mereka yang mempunyai penyakit kardiovaksular.

    Jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan dalam perutusan itu lagi, golongan warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik termasuklah penyakit kardiovaskular, penyakit pernafasan kronik, tekanan darah tinggi dan diabetes, jika dijangkiti penyakit COVID-19 adalah berisiko lebih tinggi untuk mendapat komplikasi daripada jangkitan berkenaan.

    Semasa menghadapi wabak COVID-19 ini, setiap individu memainkan peranan yang penting dalam melindungi golongan yang vulnerable dan berisiko tinggi dengan mengamalkan langkah berjaga-jaga yang sewajarnya.

    “Oleh itu, dengan ancaman wabak COVID-19 pada tahun ini, marilah kita sama-sama menjaga jantung kita dan mencegah penyakit kardiovaskular dengan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang serta mengurangkan pengambilan garam, mengatakan tidak pada rokok dan menjadi lebih aktif serta bersenam.

    Manakala bagi para pesakit yang mempunyai masalah kesihatan, termasuklah penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi atau obesiti, hendaklah sentiasa mematuhi nasihat dan arahan profesional kesihatan dan jangan biarkan ancaman wabak COVID-19 mencegah awda daripada menghadiri perjanjian yang diberikan,” tambah beliau.

    Pada tahun ini, sempena Hari Jantung Sedunia dan hari-hari kesedaran kesihatan antarabangsa yang akan datang, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen kesedaran penyakit-penyakit tidak berjangkit selama tiga bulan mulai dari Oktober hingga Disember 2020.

    Kempen ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai penyakit-penyakit tidak berjangkit termasuk penyakit kardiovaskular, langkah-langkah pencegahan serta mengenalpasti risiko dan tanda-tanda awal penyakit-penyakit tidak berjangkit serta menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

    Beberapa aktiviti telah dirancang di sepanjang tempoh berkenaan termasuklah webinar bersiri yang membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan penyakit-penyakit tidak berjangkit, aktiviti bersenam beramai-ramai, jerayawara gaya hidup sihat dan sebagainya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/