Friday, May 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amal perniagaan beretika

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Dis – Para pengusaha kedai-kedai buku dan peralatan persekolahan dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan perniagaan beretika dan penuh tanggungjawab dengan menawarkan nilai terbaik dan harga yang berpatutan ke atas bekalan kelengkapan dan peralatan persekolahan bagi meningkatkan perbelanjaan domestik sekali gus menjana pertumbuhan perniagaan.

    Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna, dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa nasihat ini diberikan semasa beberapa siri lawatan JPKE, baru-baru ini, yang mana perbelanjaan barangan keperluan persekolahan dijangka meningkat semasa musim membeli-belah keperluan sekolah.

    JPKE juga menekankan bahawa amalan perniagaan beretika akan meningkatkan kesetiaan pelanggan dan dapat menaikkan reputasi syarikat.

    Kurang daripada seminggu sebelum penggal baru persekolahan bermula, para ibu bapa
    dan penjaga sedang sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak, di mana mereka lebih suka memilih kedai-kedai yang menawarkan semua kelengkapan persekolahan di bawah satu bumbung, dengan menyediakan barangan seperti pakaian seragam sekolah, kasut, beg dan alat tulis.

    Walaupun kemudahan berbelanja di bawah satu bumbung disediakan, JPKE mengingatkan ibu bapa dan penjaga untuk mendapatkan nilai terbaik dengan membandingkan harga
    dan kualiti barangan sebelum membuat pembelian, dan mengelak daripada berbelanja berlebihan dengan menguruskan perbelanjaan secara bijak.

    Pihak JPKE juga mengingatkan para pengusaha kedai buku untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan paparan tanda harga dan jualan murah.
    Para pelanggan yang sedang sibuk membeli barangan keperluan sekolah.

    Pengguna disarankan untuk memahami hak dan tanggungjawab mereka dengan mendapatkan penjelasan daripada pengusaha atau peniaga mengenai harga atau produk, jika terdapat keraguan.

    Para pengguna juga dinasihatkan untuk menyimpan bukti pembelian seperti resit, bagi sebarang susulan lanjut, dan juga meneliti terma dan syarat terutamanya bagi barangan elektronik.

    Selain itu, para peniaga juga diingatkan agar sentiasa mempamerkan tanda harga dengan jelas bagi memastikan ketelusan harga serta membolehkan para pelanggan membuat pilihan dan perbandingan  harga.

    Ia selaras dengan peraturan yang digariskan di bawah Perintah Paparan Tanda Harga, dan sebarang ketidakpatuhan boleh dikenakan penalti tidak lebih daripada $1,000 selepas notis peringatan pertama. Sementara itu, bagi kesalahan berikutnya boleh didakwa dengan denda maksimum seba-nyak $20,000 dan penjara sehingga lima tahun.

    Sempena berlangsungnya acara Brunei Salebration (BSb) 2018 yang telah bermula pada 1 Disember 2018 dan akan berakhir pada pertengahan Februari 2019, para peserta juga digalakkan untuk memberikan tawaran yang lebih menarik serta diskaun yang kreatif bagi menarik lebih ramai pelanggan untuk berbelanja di dalam negara.

    Bagi menyokong inisiatif ‘Pengguna Bijak’, JPKE menggalakkan orang ramai untuk menggunakan aplikasi mudah alih PenggunaBijak atau SmartConsumer yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple Store.

    Aplikasi ini turut menyediakan platform bagi para pengguna membuat sebarang aduan mengenai amalan perniagaan yang tidak wajar dan akan disalurkan terus ke JPKE.

    Bagi sebarang maklum balas, aduan atau pertanyaan berkaitan dengan hal ehwal pengguna dan persaingan, orang ramai bolehlah menghubungi JPKE melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak, menghubungi talian 2230223 (semasa waktu bekerja), menghantar e-mel ke alamat aduanpengguna@jpke.gov.bn atau pergi terus ke Pejabat JPKE.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/