Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amal ratib Al-Attas dalam kehidupan

    Oleh Syahmi Hassan

    BELAIT, 28 FEB – Bagi menerapkan semangat kemerdekaan bercorak kerohanian dalam diri setiap Muslimah masjid di Daerah Belait, Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Labi, Daerah Belait, hari ini, telah mengungkayahkan majlis membaca Ratib Al-Attas yang diselajurkan dengan bacaan tahlil bagi Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Acara yang berlangsung di Masjid Kampung Labi itu dihadiri oleh para pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid serta Muslimah dari Daerah Belait dan Daerah Brunei dan Muara.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan Ratib Al-Attas dan seterusnya tahlil dan Doa Arwah khusus bagi Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim. Ratib Al-Attas mendatangkan banyak faedah bagi setiap umat Islam yang mengamalkannya, antaranya dipelihara oleh Allah SWT daripada terkena sihir serta terlindung daripada penyakit dan bala.

    Selain itu, jika sering diamalkan ia dapat membawa keamanan dan keselamatan dalam rumah tangga dan menghindari penghuninya daripada bencana kebakaran, kecurian dan sebagainya iaitu dengan berkat ayat Al-Quran asma ul-husna (nama-nama Allah) dan zikir yang terkandung di dalam ratib tersebut.

    Antara yang hadir pada majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda