WASHINGTON, 10 JAN – Amalija Knavs (gambar – AP), ibu kepada bekas wanita pertama, Melania Trump, telah meninggal dunia.
Trump mengumumkan kematian tersebut lewat kelmarin tanpa mendedahkan puncanya.
“Dengan rasa sedih yang mendalam, saya mengumumkan pemergian ibu tercinta saya, Amalija,” tulis Trump di X.
“Amalija Knavs adalah seorang wanita yang kuat yang sentiasa berperwatakan anggun, penuh kemesraan dan berwibawa. Beliau berbakti sepenuhnya kepada suami, anak perempuan, cucu, dan menantunya. Kami akan merinduinya tanpa batas dan terus menghormati serta menyayangi warisannya.”
Donald Trump berkata pada sambutan Ambang Tahun Baharu di kediamannya, Mar-a-Lago bahawa ibu mertuanya ‘sangat sakit’ dan isterinya bersamanya di sebuah hospital di Miami.
“Ia adalah sesuatu yang sukar, sangat sukar,” katanya mengenai situasi itu. – AP
