Sunday, April 27, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amalkan gaya hidup sihat dengan menjaga kebersihan

    Mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian merupakan suatu amalan yang dapat memberikan kesan positif kepada kehidupan seseorang.

    Amalan gaya hidup sihat memberikan faedah kepada kecergasan fizikal dan mental.

    Salah satu cara untuk mengamalkan amalan ini adalah dengan menjaga kebersihan diri. Hal ini kerana kebersihan diri adalah salah satu kunci kepada kesihatan diri dan sekiranya kita mengambil ringan terhadapnya, maka diri kita akan mudah dijangkiti pelbagai penyakit. Lebih-lebih lagi ketika dunia global masih di bawah ancaman COVID-19, kita disyorkan mengamalkan penjagaan kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan dengan sabun, melakukan penjarakan fizikal dan pemakaian penutup mulut dan hidung.

    Pelbagai cara masih dapat dilakukan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan di samping melakukan sebarang olahraga.

    Pemilihan makanan sihat juga berperanan penting dalam penjagaan tubuh badan. Sebagaimana, digalakkan untuk pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pola makanan harian dan mengurangkan makanan yang kurang sihat seperti makanan manis, segera dan sebagainya.

    Menjaga kebersihan mulut dan gigi dapat membantu kita mengekalkan kebersihan gigi serta mengelakkan nafas berbau dengan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Masa yang paling sesuai untuk berus gigi adalah selepas makan dan sebelum tidur.

    Jangan sesekali mengabaikan berus gigi pada waktu malam sebelum tidur kerana kebiasaan bakteria merosakkan gigi lebih aktif pada waktu malam ketika anda sedang tidur. Gunakan berus gigi yang lembut agar tidak menyakitkan gusi dan jangan lupa menggantikan berus secara berkala setiap tiga bulan untuk mengekalkan kebersihan berus gigi tersebut.

    Pada ketika ini, alam persekitaran semakin tercemar baik dalam soal kualiti air, udara, sampah sarap atau tanah. Justeru, setiap individu tidak terkecuali terdedah dari pencemaran tersebut dan disyorkan membersihkan diri dengan mandi. Secara amnya anda perlu mandi pada waktu pagi sebelum memulakan aktiviti dan petang selepas bekerja atau malam sebelum tidur. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda