Wednesday, January 15, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amalkan kebersihan dan patuhi arahan

    Kementerian Kesihatan telah menyeru orang ramai melakukan beberapa langkah untuk membendung wabak COVID-19.

    Namun, sesetengah pihak masih tidak mengambil berat dengan langkah-langkah berkenaan terutama bagi pemilik gedung, kedai dan restoran.

    Mengamalkan penjarakkan sosial adalah antara langkah keselamatan yang boleh dilakukan oleh orang ramai untuk mencegah COVID-19. Ada sesetengah gedung, kedai dan restoran masih tidak mengetatkan penjarakkan sosial ini dengan membuat tanda jarak garisan sekurang-kurangnya 1 meter bagi pembeli menunggu giliran di kaunter-kaunter pembayaran.

    Pemilik gedung dan kedai adalah juga disarankan supaya mengehadkan bilangan pelanggan untuk masuk. Di samping itu juga pemilik gedung dan kedai hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan para pelanggan mereka dan menyediakan gel pembasmi kuman. Hal ini kerana ada sesetengah gedung dan kedai belum mengamalkan pemeriksaan suhu badan ketika masuk.

    Wabak COVID-19 ini seperti yang kita maklum, ia adalah sangat merbahaya untuk kita semua. Oleh itu, kita haruslah lebih berhati-hati, peka dan mengamalkan langkah berjaga-jaga terutama semasa kita berada di kedai-kedai, pasar, di bank semasa kita menggunakan mesin ATM.

    Kerjasama daripada kita semua adalah penting terutama dalam mematuhi arahan-arahan yang disediakan untuk kita. Kita juga hendaklah sentiasa mengamalkan jarak sosial antara satu sama lain di mana jua dan sentiasa menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan atau menggunakan gel pembasmi kuman, guna topeng muka jika perlu agar terhindar dari serangan pelbagai penyakit. Apa yang penting adalah kita mematuhi segala arahan-arahan yang disediakan untuk kebaikan serta keselamatan kita semua. – Kebaikan bersama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda