Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Amalkan pemakanan sihat semasa bulan Ramadan

    Bulan Ramadan merupakan bulan penuh keberkatan dan kerahmatan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia.

    Semasa Ramadan ini kita diwajibkan untuk menjalankan ibadah puasa iaitu dengan menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

    Melaksanakan ibadah puasa dapat melatih rohani kita supaya menjadi lebih bersih malah dengan melakukannya mendatangkan banyak faedah daripada sudut kesihatan. Setelah sepanjang hari menahan lapar dan dahaga pelbagai juadah dibayangkan untuk berbuka puasa, apa tah lagi kemeriahan gerai-gerai Ramadan yang menyajikan pelbagai juadah minuman, lauk-pauk dan kuih muih yang menyelerakan sehingga kita leka memikirkan nilai pemakanan dan kesannya kepada kesihatan.

    Memilih makanan yang sesuai pada bulan Ramadan adalah penting supaya tidak memberi beban yang teruk kepada perut dan memastikan tubuh mendapatkan khasiat yang mencukupi untuk keperluan sepanjang tempoh berpuasa. Antara amalan pemakanan sihat yang boleh diamalkan semasa berpuasa adalah semasa waktu bersahur kita digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat seperti nasi, roti, biskut atau oat. Ini kerana makanan jenis ini memerlukan masa yang lama untuk dicerna dan boleh mengurangkan rasa lapar.

    Di samping itu juga, kita digalakkan tidak minuma berkafein seperti teh atau kopi kerana ia mampu menghilangkan air dalam badan.

    Semasa waktu berbuka puasa, kita disyorkan mengamalkan pemakanan yang ringkas terlebih dahulu bagi mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman.

    Sebaiknya berbuka dengan buah kurma kerana bukan sahaja ia sebagai sunah, kurma juga mampu memberi tenaga segera kerana ia mengandungi fruktosa.

    Pelbagaikan pengambilan jenis makanan berdasarkan piramid makanan dan minum air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Elakkan pengambilan makanan pedas atau berempah kerana dikhuatiri menimbulkan ketidakselesaan kepada perut setelah berpuasa pada siang hari.

    Sesetengah orang akan mengambil pemakanan pada lewat malam. Sehubungan itu, jika awda melakukannya cukuplah mengambil makanan ringkas seperti roti, biskut mahupun kuih-muih yang dibeli atau dimasak namun jangan berlebihan.

    Ramadan bukan sahaja berkisar kepada pemakanan, malahan ibadah yang dituntut seperti tarawih, tadarus dan qiamulail. Maka jagalah antara kedua-duanya sebaik mungkin.

    Kongsi bersama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...