Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Amalkan pemanduan cermat semasa hujan lebat

    Tidak lama dulu, Media Permata ada menyiarkan berita mengenai cuaca aktif kebelakangan ini.

    Dalam kenyataan dari Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) itu mengingatkan kita bahawa hujan lebat dijangka berlaku sekali-sekala kerana negara dalam tempoh peralihan monsun.

    Ini membimbangkan penulis kerana ketika waktu hujan ramai pengguna yang leka akan keselamatan sehingga dalam sehari boleh banyak berlaku kemalangan.

    Oleh yang demikian, penulis ingin mengingatkan diri sendiri dan juga semua pembaca akan langkah-langkah pemanduan cermat ketika hujan lebat.

    Pertama sekali patuhi had laju atau sesuaikan kelajuan dengan keadaan jalan, terutama jika permukaan jalan yang basah, ia boleh mengurangkan cengkaman tayar pada permukaan jalan dan menyebabkan tergelincir.

    Gambar Freepik

    Keduanya adalah kekalkan jarak yang selamat antara kenderaan. Jangan mengekori kenderaan hadapan terlalu rapat kerana tiada ruang dan masa yang cukup untuk awda bertindak balas sekiranya kenderaan hadapan berhenti mengejut atau berlaku insiden tidak dijangka.

    Ketiganya adalah pasang lampu kenderaan awda walaupun ketika siang hari supaya kenderaan awda mudah dilihat oleh kenderaan lain.

    Yang terakhir adalah kekal fokus pada pemanduan. Kekalkan kedua-dua tangan pada stereng kenderaan. Elakkan menggunakan telefon bimbit.

    Sudah pasti ada lagi langkah-langkah lain untuk diamalkan tetapi diharapkan perkongsian ringkas ini membolehkan kita mengingati antara satu sama lain.

    Marilah kita amalkan pemanduan berhemah untuk menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Penulis doakan agar kita selamat tiba di destinasi masing-masing.

    Pemandu_Cermat

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Monsun timur laut: Cuaca negara tidak menentu

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV - Negara Brunei Darussalam...

    Delhi rekod suhu minimum 8.7 darjah Celsius, kualiti udara terus merosot

    NEW DELHI, 18 NOV - Delhi mencatat kualiti udara...

    Iran laksana pembenihan awan untuk bendung kemarau

    TEHRAN, 16 NOV — Pihak berkuasa Iran memulakan operasi...

    Gunung berapi meletus amaran hujan abu dikeluarkan di Jepun

    TOKYO, 16 NOV - Sebuah gunung berapi di selatan...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...