Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amalkan sikap terpuji

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Anggota Pasukan Polis Diraja Brunei merupakan anggota-anggota yang berhubung secara langsung dengan orang ramai atau frontliners pada setiap hari. Oleh demikian, sikap dan sifat-sifat yang terpuji seperti berbudi pekerti, profesional, jujur dan amanah adalah amat penting untuk mereka amalkan.

    Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah berkata, Pasukan Polis Diraja Brunei bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang dan memelihara kepentingan orang ramai bagi mengekalkan ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam.

    Beliau berkata demikian semasa berucap pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan bagi Rekrut Lelaki dan Wanita Skuad 1/ 2016 yang berlangsung di Padang Kawad, Pusat Latihan Polis, Gadong hari ini, beliau berkata secara amnya      Pada upacara tersebut  seramai 94 orang rekrut lelaki dan wanita Skuad 1/2016 berjaya menamatkan latihan selama lapan bulan di pusat berkenaan.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda