BERLIN, 31 Dis – Polis Jerman merayu kepada ibu bapa untuk tidak membiarkan anak-anak mereka bermain bunga api ketika laporan kecederaan akibat letupan semakin meningkat semasa sambutan Tahun Baru.
Polis Dortmund mengatakan seorang kanak-kanak berumur 7 tahun telah dirawat di hospital telah mengalami kecederaan serius di tangan dan wajahnya kelmarin selepas mercun meletup di tangannya.
Harian Berliner Morgenpost melaporkan semalam, seorang budak berusia 13 tahun mengalami kebutaan di ibu negara disebabkan letupan mercun.
Meskipun kebanyakan bunga api hanya dibenarkan kepada mereka yang berusia 18 tahun atau lebih, berpuluh-puluh kanak-kanak telah mengalami kecederaan serius setiap kali Tahun Baru di Jerman akibat kecuaian ketika bermain bunga api.
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa bunga api yang sangat kuat, haram telah dipertanggungjawabkan terhadap kebanyakan kecederaan. – AP