Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amaran cuaca buruk

    KUALA LUMPUR, 31 Dis – Hujan lebat berserta angin kencang dijangka berterusan di Pahang dan Johor sehingga Selasa, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

    Amaran cuaca buruk itu dijangka berlaku di daerah Pekan dan Rompin di Pahang serta Segamat dan Mersing, di Johor.

    Jabatan itu dalam kenyataan medianya turut memberi amaran waspada hujan lebat dan angin kencang di Dungun dan Kemaman di Terengganu, Kuantan di Pahang dan Kota Tinggi di Johor.

    Keadaan sama juga dijangka melanda Sabah melibatkan bahagian Kudat, Sandakan (daerah Beluran) dan Pantai Barat (daerah Kota Belud dan Ranau) dalam tempoh Selasa sehingga Rabu depan, menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda