Monday, December 2, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amaran hujan berterusan di Sabah kepada tahap bahaya

    KUALA LUMPUR, 23 JAN – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meningkatkan tahap amaran hujan berterusan yang dijangka berlaku sehingga Rabu (25 Januari), di beberapa kawasan di Sabah kepada tahap ‘Bahaya’.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 2 petang, MetMalaysia memaklumkan amaran hujan berterusan tahap ‘Bahaya’ dengan hujan sangat lebat itu dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Pitas dan Kudat dalam tempoh itu.

    MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di kawasan Tambunan, Pantai Barat, Lahad Datu dan Kota Marudu, serta amaran hujan berterusan tahap waspada di Tongod bagi negeri itu.

    Selain itu, MetMalaysia memaklumkan hujan lebat berterusan (amaran tahap buruk) dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Meradong, Mukah dan Bintulu serta di Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

    Hujan berterusan (amaran tahap waspada) juga dijangka berlarutan sehingga Rabu di beberapa kawasan di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) serta Sarawak (Sri Aman, Pakan, Julau, Sibu, Tatau, Sebauh, Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

    Terdahulu, MetMalaysia menerusi kenyataan awal pagi tadi mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak. – Bernama

    Keadaan angin kencang dan laut begelora menyebabkan ombak besar menghempas benteng penahan ombak ketika tinjauan di Pantai Kundur, Kota Bharu, pada 22 Januari. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda