Wednesday, March 12, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah – MetMalaysia

    KUALA LUMPUR, 5 FEB – Hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

    MetMalaysia menerusi kemas kini amaran yang dikeluarkan pagi ini, memaklumkan kawasan yang dijangka terlibat ialah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu dan Mukah.

    Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan di beberapa kawasan meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Bintulu.

    MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah hari ini, melibatkan bahagian Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

    Keadaan pokok kelapa yang ditiup angin kencang ketika tinjauan FotoBernama di Kampung Jambu Bongkok pada 15 Januari. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda