Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amaran hujan berterusan tahap buruk di Labuan, Sabah

    KOTA KINABALU, 4 NOV – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Labuan dan beberapa kawasan di Sabah berkuat kuasa hingga 5 November.

    MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

    “Amaran hujan berterusan tahap waspada juga dikeluarkan berkuat kuasa hingga esok melibatkan dua kawasan di pedalaman Sabah, iaitu di Sipitang dan Kudat.

    “Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi jabatan, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda