Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Amaran hujan, tanah runtuh: 1,000 dijangka dipindahkan

    ROM, 2 DIS – Pihak berkuasa di pulau Ischia Itali bersiap sedia hari ini untuk memindahkan lebih 1,000 orang dari kawasan berisiko berikutan amaran hujan lebat, hanya beberapa hari selepas kejadian tanah runtuh yang membawa maut.

    ‘Hujan lebat dijangkakan’ dengan risiko tanah runtuh, aliran pantas lumpur dan banjir dari Ischia ke Naples dan gunung berapi Vesuvius, menurut pihak berkuasa wilayah Campania.

    Enam hari lalu hujan lebat menyebabkan gelombang lumpur dan serpihan melanda pekan kecil Casamicciola Terme di Ischia, membunuh 11 orang, dengan seorang wanita masih belum ditemui.

    Ahli geologi telah memberi amaran berkenaan risiko cuaca buruk menyebabkan tanah runtuh yang berlarutan di kawasan pulau itu, yang terletak berhampiran Capri dan sering dipenuhi pelancong pada musim panas.

    Agensi perlindungan awam berkata hujan diramalkan antara 40 dan 50 milimeter hari ini, berbanding 100 milimeter yang turun di kawasan itu pada 26 November.

    Amaran cuaca ‘kuning’, yang merupakan amaran tahap terendah, dijangka berlarutan sehingga Ahad.

    Pakar berkata bencana minggu lalu disebabkan oleh penebangan hutan, pembangunan berlebihan dan kekurangan strategi mitigasi. – AFP

    Pasukan penyelamat membersihkan kawasan yang terjejas disebabkan tanah runtuh di Casamicciola, di pulau peranginan Itali Ischia, di selatan Itali. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...