SYDNEY, 20 JAN – Taufan tropika yang melanda pantai barat laut Australia Barat (WA) telah dinaikkan ke tahap tiga, menurut penyedia perkhidmatan cuaca negara, Biro Meteorologi Australia (BoM) hari ini.
Pada pagi tadi, BoM menaikkan status Taufan Tropika Sean daripada sistem kategori dua, memberi amaran tentang kelajuan angin yang mencecah sehingga 185 kilometer (km) sejam.
Pihak berkuasa telah mengarahkan penduduk di kawasan bandar sepanjang Pantai Pilbara barat laut WA, lebih 1,000km utara Perth, untuk berlindung di dalam bangunan, kerana taufan itu menimbulkan ancaman terhadap nyawa dan kediaman.
“Awda berada dalam bahaya dan perlu bertindak segera,” kata amaran kecemasan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebakaran dan Kecemasan WA (DFES).
Penduduk dinasihatkan untuk berada di bahagian bangunan yang paling kuat dan selamat serta menjauhi tingkap dan pintu. – Xinhua