KUALA LUMPUR, 3 JUN – Bersedia untuk menghadapi tindakan jika anda didapati menggunakan bahan terlarang sebelum Sukan SEA 2019 di Filipina membuka tirai!
Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Dr SS Cheema memberi amaran keras ini sekiranya mana-mana atlet kebangsaan gagal dalam ujian doping yang akan dijalankan tidak lama lagi.
Beliau memberitahu bahawa MOM dengan kerjasama Agensi Anti-Doping Malaysia akan menjalankan ujian doping awal sebelum Sukan SEA 2019 dengan sukan berisiko tinggi dalam pemantauan. – Bernama