Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Feb – Berikutan terdapatnya segelintir orang ramai bermain mercun atau bunga api sejak kebelakangan ini, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) mengingatkan orang ramai bahawa memiliki, menjual, membeli dan bermain mercun atau bunga api merupakan satu kesalahan undang-undang di negara ini.
PDB dalam kenyataannya menjelaskan, mengikut Peraturan 15, Akta Senjata Api dan Bahan Letupan Negara Brunei Darussalam, Penggal 58 iaitu sekatan mengimport mercun, bunga api dan sebagainya menyebut, sesiapa sahaja tidak boleh mengimport, membuat, menjual atau memiliki apa-apa mercun, bunga api atau apa-apa barangan yang mengandungi bahan letupan atau campuran bahan letupan.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)