Friday, February 7, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amaran peringkat biru di China

    BEIJING, 30 Jan – Agensi pemerhati kebangsaan China hari ini mengekalkan amaran peringkat biru selepas cuaca sejuk melanda di bahagian tengah dan timur negara itu.

    Menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC), suhu diramalkan kekal hampir takat sejuk di kebanyakan wilayah selatan China. Agensi berkenaan berkata beberapa buah bandar termasuk Changsha, Hangzhou, Hefei, Guiyang, Nanchang, Nanjing, Shanghai, dan Wuhan akan mengalami suhu di bawah sifar darjah Celsius. Bagi tempoh 48 jam akan datang, angin kuat diramalkan berlaku di beberapa bahagian di Gansu, Mongolia Dalam, Shandong dan lain-lain wilayah di utara China, sementara di selatan China akan mengalami turunan hujan dan salji.

    NMC mengeluarkan peringatannya kepada para penduduk untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika cuaca sejuk dan jalan raya berais.

    China mempunyai sistem amaran kod berwarna dengan empat peringkat untuk menunjukkan cuaca yang teruk – warna merah sebagai paling teruk, diikuti oleh warna jingga, kuning dan biru. – Xinhua

    Gambar bertarikh 3 Januari 2018 menunjukkan para penunggang motosikal meredah salji di Bandar Fuyang, wilayah Anhui di timur China. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda