Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amaran ribut petir di 11 negeri

    KUALA LUMPUR, 29 JUN – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di 11 negeri hari ini sehingga 7 malam.

    MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan pada 2:45 petang memaklumkan, negeri yang terlibat ialah Kedah meliputi Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Perak; Kelantan (Gua Musang) serta Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang da Dungun).

    Selain itu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin); Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi). – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda