Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amaran ribut petir di perairan Sarawak

    KUALA LUMPUR, 1 Okt – Kejadian ribut petir yang melanda perairan Rejang, Mukah dan Bintulu di Sarawak dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.

    Dalam kenyataan di sini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata keadaan itu menyebabkan angin kencang 50 kilometer sejam selain laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter.

    Keadaan itu yang berbahaya kepada bot-bot kecil turut dijangka di perairan Tioman, Bunguran, Reef South dan Reef North. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda