KUALA LUMPUR, 19 JAN – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak sehingga 1 tengah hari ini.
Berdasarkan amaran yang dikeluarkan pada jam 8:30 pagi tadi, ia dijangka membabitkan kawasan di sekitar Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Song dan Kapit.
MetMalaysia mengeluarkan amaran itu berdasarkan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam yang dijangka berlangsung lebih dari sejam. – Bernama