Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amaran strok haba, suhu tinggi seluruh Jepun

    TOKYO, 29 JULAI – Amaran strok haba telah dikeluarkan bagi 38 daripada 47 wilayah Jepun ketika gelombang haba luar biasa hari ini mungkin menyebabkan suhu mencecah 40 darjah Celsius di beberapa kawasan, lapor Xinhua.

    Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata sistem tekanan tinggi terus membawa cuaca panas terik terutamanya ke kawasan timur dan barat Jepun, dengan suhu dijangka mencecah 40 darjah Celsius di bandar Kumagaya, Kofu dan Hamamatsu.

    Menurut JMA, suhu tinggi pada waktu siang dijangka mencecah 39 darjah Celsius di bandar Saitama, Maebashi, Kyoto dan Okayama, manakala 38 darjah Celsius diramalkan bagi Tokyo, Utsunomiya, Otsu dan Kochi.

    Pegawai cuaca menggesa orang ramai supaya tidak teragak-agak menggunakan penyaman udara, kerap minum air dan mengambil garam, serta mengelakkan aktiviti luar yang tidak perlu dan bersenam. – Bernama

    Seorang lelaki menyejukkan badan di pantai di Taman Tepi Laut Odaiba di Tokyo pada 26 Julai 2024. Beberapa kawasan jepun bakal mencecah suhu 40 darjah Celsius. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda