PHOENIX, 18 JUN – Amaran suhu melampau telah dikeluarkan kepada puluhan juta penduduk di Amerika Syarikat (AS) hari ini ketika bandar-bandar termasuk Chicago telah memecah rekod suhu pada permulaan cuaca panas terik selama seminggu.
Negeri-negeri di Midwest mula membahang kelmarin dalam apa yang dinamakan oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan sebagai gelombang haba yang berbahaya dan tempoh panjang yang dijangka merentasi dari Iowa ke Maine hingga sekurang-kurangnya Jumaat.
Kelmarin, Chicago memecahkan rekod suhu 1957 dengan catatan 97 darjah Fahrenheit.
Keadaan panas dan lembap akan berterusan minggu ini dengan indeks haba memuncak pada 37.7 darjah Celsius pada masa-masa tertentu, kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Chicago dalam hantaran di platform sosial X.
Bahang panas tidak menghalang orang ramai di Grant Park Chicago daripada memesan hidangan paling pedas daripada menu di trak makanan di mana Emmanuel Ramos adalah seorang tukang masak, lapor WBBM-TV. – AP


