Sabtu, 22 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amaran tsunami desak Oprah Winfrey buka laluan peribadi

    Pengacara Oprah Winfrey menerima kecaman banyak pihak susulan dakwaan keengganannya membuka laluan bagi membantu proses pemindahan orang ramai akibat amaran bencana tsunami di Hawaii, Amerika Syarikat.

    Menerusi beberapa hantaran di media sosial, rakyat di sana terpaksa menggunakan jalan jauh bagi ke tempat lebih tinggi dan selamat, menurut laporan mStar.

    Di tengah kesibukan itu timbul dakwaan Oprah tidak membenarkan orang ramai menggunakan jalan peribadi yang menghubungkan kawasan Wailea ke Kula.

    Disebabkan itu juga dikatakan laluan utama di kawasan Maui semakin sesak kerana orang ramai hanya tertumpu pada satu arah.

    “Oprah enggan membuka jalan peribadinya dari Wailea ke Kula, yang akan memudahkan penduduk tempatan menuju ke kawasan lebih tinggi. Kesesakan teruk di Maui dengan ribuan cuba menyelamatkan diri.

    “Satu laluan yang berpotensi menyelamatkan nyawa dibiarkan tertutup sementara orang ramai terperangkap dalam kereta dengan siren kecemasan berbunyi.

    “Buka jalan itu, Oprah,” luah beberapa orang ramai yang mendesak pengacara itu segera bertindak.

    Namun masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Oprah atau pihak pengurusannya berhubung perkara itu.

    Penduduk di Hawaii kini sedang berusaha untuk mencari tempat lebih selamat selepas amaran dikeluarkan oleh kerajaan sana sejak kelmarin. – Agensi

    Oprah Winfrey menerima kecaman banyak pihak susulan dakwaan keengganannya membuka laluan peribadinya bagi tujuan keselamatan dan kecemasan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda