Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amazon arahkan pekerja kembali bertugas di pejabat

    SAN JOSE, 17 SEPT – Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Andy Jassy mengumumkan kelmarin pekerja Amazon akan kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Bermula Januari, pekerja dijangka bekerja di pejabat lima hari seminggu, dengan pilihan untuk bekerja dari rumah dalam situasi tertentu seperti menjaga anak yang sakit atau memberi tumpuan kepada tugas-tugas khusus, seperti sebelum pandemik COVID-19.

    Ketika ini, pekerja Amazon dibenarkan bekerja dari rumah dua hari seminggu.

    Jassy juga memaklumkan bahawa Amazon akan mengembalikan susunan meja yang ditetapkan sebelum ini.

    Keputusan Amazon dibuat selepas banyak syarikat lain mengarahkan pekerja mereka kembali ke pejabat selepas berbulan-bulan bekerja dari rumah semasa pandemik. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda