Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Amazon atasi Apple walaupun rugi AS$51 bilion

    MOSCOW, 18 JAN – Amazon merampas semula kedudukan teratas sebagai jenama paling berharga di dunia walaupun mencatat kerugian AS$51 bilion tahun ini, atau 15 peratus daripada nilainya, menurut ranking tahunan Brand Finance Global 500.

    Nilai syarikat runcit itu merosot kepada AS$299.3 bilion daripada AS$350.3 bilion sepanjang tahun lepas, dengan penarafannya jatuh daripada AAA+ kepada AAA, kata perunding penilaian jenama terkemuka.

    Sputnik melaporkan penyelidik Brand Finance mendapati pengguna kurang berpuas hati terhadap khidmat pelanggan Amazon dan berkemungkinan kurang mengesyorkan perkhidmatannya kepada orang lain selepas tempoh masa penghantaran dilanjutkan.

    Mereka juga lebih banyak membuat pembelian di luar talian berikutan penarikan balik sekatan COVID-19.

    “Walaupun nilainya merosot tahun ini, jenama Amazon masih meningkat 36 peratus daripada segi nilai sejak permulaan wabak COVID-19 berikutan jenama Amazon telah berkembang menjadi pemain dominan me-rentas pelbagai sektor ekonomi,” menurut laporan itu.

    Apple pula menyaksikan nilainya susut 16 peratus tahun ini kepada AS$297.5 bilion daripada AS$355.1 bilion.

    Ini mencerminkan kemerosotan unjuran hasil yang berpunca daripada had rantaian bekalan barangan yang terganggu selain pasaran buruh yang terhad untuk jualan besar-besaran produk perkakasannya.

    Jenama teknologi lain dalam kedudukan nilai juga cenderung kehilangan nilai, dengan Samsung turun 7 peratus kepada AS$99.7 bilion manakala Alibaba merosot 56 peratus kepada AS$10.0 bilion. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...