SAN FRANCISCO, 28 Feb – Amazon mengesahkan kelmarin bahawa mereka telah membeli loceng pintu bervideo Ring, dalam langkah bagi membantu syarikat gergasi Internet itu memperbaiki keselamatan rumah.
Keadaan kewangan mereka tentang pemerolehan itu tidak didedahkan, namun laporan dalam talian menganggarkan perjanjian itu bernilai pada lebih dari satu bilion dolar.
“Kami teruja untuk bekerjasama dengan pasukan berbakat ini dan membantu mereka dalam misi mereka untuk memastikan rumah selamat dan terjamin,” kata jurucakap Amazon.
Ring mendapat sokongan daripada jutawan Richard Branson dan Pemilik Amazon, Alexa Fund.
“Ring komited dengan misi untuk mengurangkan jenayah di kawasan kejiranan dengan menyediakan alat keselamatan rumah yang efektif dan berpatutan kepada jiran-jiran kami,” kata Ring dalam satu kenyataan. – AFP