Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Amazon beli One Medical AS$3.9 bilion

    NEW YORK, 24 JULAI – Amazon akan memperoleh pertubuhan penjagaan kesihatan One Medical dalam perjanjian bernilai kira-kira AS$3.9 bilion, menandakan satu lagi perkembangan peruncit itu dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan.

    Syarikat e-dagang yang berpangkalan di Seattle itu berkata ia akan membeli One Medical dengan harga AS$18 sesaham.

    Ia adalah salah satu pemerolehan terbesar Amazon, susulan perjanjian untuk membeli Whole Foods pada harga AS$13.7 bilion pada 2017 dan pembelian studio Hollywood MGM berharga AS$8.5 bilion, yang dimeterai pada awal tahun ini.

    One Medical, dengan syarikat induknya 1Life Healthcare, Inc di San Francisco, ialah perkhidmatan berasaskan keahlian yang menawarkan penjagaan maya serta kunjungan individu.

    Ia juga bekerjasama dengan lebih 8,000 syarikat untuk menyediakan faedah kesihatan kepada pekerjanya.

    Pada Mac, One Medical mempunyai 767,000 ahli dan 188 pejabat kesihatan di 25 pasaran, menurut laporan pendapatan suku pertamanya, yang juga menunjukkan syarikat itu telah mencatat kerugian bersih berjumlah AS$90.9 juta selepas meraih pendapatan AS$254.1 juta. Nilai perjanjian yang diumumkan termasuk hutang One Medical.

    Neil Lindsay, naib presiden kanan Amazon Health Services, berkata dalam satu kenyataan bahawa pemerolehan bertujuan mencipta semula ‘pengalaman’ penjagaan kesihatan untuk isu seperti menempah janji temu dan mengunjungi farmasi.

    “Kami suka mencipta untuk menjadikan semua urusan menyenangkan dan kami ingin menjadi salah sebuah syarikat yang membantu mempertingkat pengalaman penjagaan kesihatan dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” kata Lindsay.

    Dalam perniagaan tengah harim saham 1Life Heathcare meningkat 68 peratus kepada AS$17.13 sementara Amazon.com Inc naik 1.4 peratus kepada AS$124.50. – AP

    Pusat Amazon DTW1 kelihatan di Romulus, Michigan pada 1 April 2020. Amazon mengumumkan ia akan membeli One Medical dalam perjanjian bernilai AS$3.9 bilion, untuk menembusi perkhidmatan penjagaan kesihatan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...