Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amazon bina komputeran awan rahsia untuk pengintip Australia

    SYDNEY, 4 JULAI- Rahsia besar perisikan tentera Australia akan disimpan pada pelayan awan yang dibina khas oleh syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat iaitu Amazon, kata Canberra pada hari ini ketika ia mendedahkan perjanjian AS$1.3 bilion itu.

    Kerajaan Australia berkata Amazon Web Services akan mereka bentuk komputeran awan untuk menyimpan ‘rahsia besar’ agensi ketenteraan dan perisikan negara itu.

    Ia akan membawa kepada ‘saling kendali yang lebih baik dan kerjasama yang lebih mendalam dengan Amerika Syarikat’, salah satu sekutu tentera paling teguh Australia, kata satu kenyataan kerajaan.

    Bos perisik Australia, Rachel Noble berkata awan itu juga akan menyokong program perisikan ‘Redspice’ negara itu, yang bertujuan untuk mengatasi risiko serangan siber yang semakin meningkat.

    Amazon juga akan membina tiga pusat data di seluruh Australia. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda