Wednesday, September 18, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amazon dijangka labur AS$10.5 bilion di UK

    LONDON, 11 SEPT – Gergasi teknologi Amerika Syarikat, Amazon akan melabur £8 bilion (AS$10.5 bilion) di Britain dalam tempoh lima tahun akan datang, mewujudkan beribu-ribu pekerjaan melalui cabang perkhidmatan webnya, umum syarikat itu dan kerajaan United Kingdom (UK), hari ini.

    Pengumuman itu dialu-alukan untuk kerajaan Buruh yang dipilih baru-baru ini di Britain, yang telah meletakkan pertumbuhan ekonomi memberangsangkan di mana ia berjanjiakan membangunkan semula negara itu.

    “Pelaburan untuk membina, mengendalikan dan menyelenggara pusat data di UK boleh menyumbang £14 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan menyokong lebih 14,000 pekerjaan setiap tahun merentasi rantaian bekalan,” kata Amazon.

    Ia adalah pengumuman terbaharu syarikat itu mengenai pelaburan besar di negara Eropah oleh bahagian pengkomputeran awan AWSnya, dan keluar di tengah-tengah perdebatan dalam Kesatuan Eropah mengenai perkhidmatan pengkomputeran awan.

    “Pelaburan £8 bilion ini menandakan permulaan pemulihan ekonomi dan menunjukkan Britain adalah tempat untuk menjalankan perniagaan,” kata Menteri Kewangan UK, Rachel Reeves, dalam satu kenyataan.

    “Saya berazam untuk pergi lebih jauh supaya dapat menunaikan mandat kami untuk menyediakan pekerjaan, membuka peluang pelaburan dan menjadikan seluruh Britain bertambah baik.

    Amazon berkata wang itu akan dibelanjakan untuk mengembangkan operasi anak syarikat Perkhidmatan Web Amazon (AWS). Syarikat itu berusaha untuk memanfaatkan peningkatan permintaan untuk kapasiti pengkomputeran awan seperti pusat aplikasi dan data. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda