Sunday, July 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amazon halang pembeli Australia

    SYDNEY, 31 Mei – Syarikat gergasi dalam talian Amerika Syarikat (AS), Amazon akan menghalang pembeli dari Australia daripada laman web antarabangsanya untuk mengatasi undang-undang cukai baharu pembelian dalam talian, menurut kenyataan syarikat berkenaan hari ini.

    Peraturan baharu memerlukan peruncit dalam talian untuk mengutip cukai sebanyak 10 peratus daripada barangan dan perkhidmatan pada tiap pembelian daripada luar negara bermula 1 Julai ini. Ia termasuk nilai minimum arus bebas cukai semasa iaitu AUS$1,000.

    Akibat daripada itu, Amazon berkata pembeli Australia yang ingin menggunakan platform globalnya akan diarahkan ke laman web Australia yang lebih kecil, yang menawarkan lebih sedikit barangan untuk dijual.

    Amazon dilaporkan menanggung beban pentadbiran besar-besaran untuk mengesan GST daripada semua transaksi di luar negara. “Walaupun kami menyesali sebarang kesulitan yang dialami oleh para pelanggan, kami perlu menilai kebolehkerjaan perundangannya sebagai perdagangan global yang mempunyai tapak antarabangsa berganda,” kata Amazon dalam satu kenyataan.

    Syarikat berkenaan berkata ia akan membayar ganti rugi itu dengan membuka ‘kedai global’ untuk pembeli di Australia, serta akan menambah empat juta barangan lagi yang sebelumnya hanya tersedia di laman web Amerika. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda