Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amazon jangka AI kurangkan keperluan pekerja pejabat

    PORTLAND, 18 JUN – Pengurusan Amazon kelmarin menjangkakan bahawa perisian kecerdasan buatan (AI) akan mengurangkan bilangan pekerja pejabat di syarikat e-dagang terbesar dunia itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    “Kita akan memerlukan lebih sedikit tenaga kerja bagi sesetengah tugas sedia ada, dan lebih ramai untuk melaksanakan tugasan jenis baharu,” kata Ketua Eksekutif Amazon, Andy Jassy dalam e-mel kepada kakitangan.

    Beliau berkata sukar untuk meramalkan bagaimana tenaga kerja keseluruhan akan berkembang, namun ‘dalam beberapa tahun akan datang,’ peningkatan kecekapan hasil penggunaan AI dijangka membawa kepada pengurangan pekerja pejabat.

    Amazon kini menggaji kira-kira 1.5 juta orang di seluruh dunia, termasuk sekitar 350,000 pekerja pejabat dalam pelbagai peranan, menurut laporan terdahulu.

    Akhbar The Wall Street Journal melaporkan bahawa syarikat itu tidak menjangka pemberhentian kerja secara besar-besaran seperti pada 2022 dan 2023 dalam masa terdekat. Sebaliknya, jawatan kosong yang ditinggalkan tidak akan diisi semula. Namun, menurut sumber yang rapat dengan perkara itu, kemungkinan pemberhentian kerja tetap tidak diketepikan. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda