Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Amazon kurangkan 9,000 lagi pekerja

    SAN FRANCISCO, 21 MAC – Amazon pada Isnin mengumumkan rancangan syarikat itu untuk menghentikan perkhidmatan 9,000 lagi pekerjanya.

    Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Andy Jassy menerusi catatan blog memaklumkan bahawa langkah itu akan memberi kesan kepada perkhidmatan ‘cloud’ syarikat, pengiklanan dan unit Twitch, lapor Xinhua.

    Pengumuman itu dibuat hanya beberapa bulan selepas Amazon mengumumkan pemberhentian 18,000 pekerjanya.

    Pasukan yang terjejas belum memutuskan perkhidmatan yang tidak lagi perlu dan keputusan akan dibuat pada pertengahan hingga akhir April, katanya.

    Amazon merupakan antara majikan terbesar di dunia, dengan menggajikan kira-kira 1.5 juta pekerja di seluruh dunia. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan logo syarikat gergasi runcit Amazon di pusat pengedaran di Moenchengladbach, Jerman Barat. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -