Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amazon labur AS$5 bilion bina pusat data AI di Korea Selatan

    SEOUL, 29 OKT – Amazon akan melabur lebih AS$5 bilion bagi membina pusat data kecerdasan buatan (AI) di Korea Selatan menjelang 2031, umum kerajaan negara itu hari ini, menyifatkannya sebagai pelaburan asing terbesar dalam sejarah Korea Selatan.
     
    Komitmen itu diumumkan oleh Ketua Amazon Web Services (AWS), Matt Garman, semasa pertemuannya dengan Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung di Gyeongju, bersempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
     
    “Garman mendedahkan rancangan pelaburan melebihi AS$5 bilion menjelang 2031, termasuk pembinaan pusat data AI baharu di Incheon dan Gyeonggi, kawasan berhampiran ibu negara Seoul,” menurut kenyataan Pejabat Presiden Lee.
     
    Pelaburan terbaharu itu merupakan rekod pelaburan langsung asing terbesar di Korea Selatan, mengatasi rekod terdahulu yang juga dipegang oleh Amazon pada Jun lalu apabila syarikat itu menjanjikan AS$4 bilion untuk pusat data AI di Ulsan.
     
    “Kerajaan kami menyasarkan untuk menjadi antara tiga kuasa besar AI dunia dan pelaburan besar tambahan oleh Amazon ini akan mempercepatkan pembangunan ekosistem AI Korea Selatan,” kata Lee kepada eksekutif Amazon tersebut.
     
    Korea Selatan kini menempatkan dua pengeluar cip memori terkemuka dunia, iaitu Samsung Electronics dan SK hynix, yang menghasilkan cip penting untuk produk AI serta pusat data yang menjadi tulang belakang kepada industri pesat membangun itu. – AFP
     
    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda