Wednesday, December 11, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amazon lancar platform jual kereta dalam talian

    SAN FRANCISCO, 11 DIS – Syarikat gergasi e-dagang Amazon kini melangkah ke industri automotif dengan memperkenalkan Amazon Autos, sebuah platform jualan kereta dalam talian yang membolehkan pelanggan mencari dan membeli kereta baharu, trak serta SUV daripada pengedar terpilih.

    Menurut kenyataan Amazon pada Isnin, inisiatif ini dimulakan bersama Hyundai di 48 bandar utama di Amerika Syarikat termasuk Atlanta, Boston, Chicago, Los Angeles dan New York.

    Amazon turut merancang untuk meluaskan perkhidmatan ini ke lebih banyak bandar serta menambah jenama automotif baharu menjelang 2025.

    Selain itu, pilihan pajakan dan pembiayaan yang lebih komprehensif juga akan diperkenalkan tahun depan.

    Melalui Amazon Autos, pelanggan dapat mencari kenderaan berdasarkan model, variasi, warna dan ciri tertentu yang ditawarkan oleh pengedar.

    Pembeli turut berpeluang mendapatkan pembiayaan dan menandatangani dokumen secara elektronik di laman berkenaan.

    Setelah proses pembayaran diselesaikan, pelanggan boleh menjadualkan tarikh untuk mengambil kenderaan mereka di pengedar berdaftar.

    Amazon memberi jaminan bahawa harga yang dipaparkan semasa daftar keluar adalah harga akhir, merangkumi semua cukai dan yuran yang dikenakan.  – Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda