Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amazon rancang tutup operasi

    SHANGHAI, 18 April – Amazon merancang menutup operasi runcit dalam talian yang memenuhi pengguna di China dalam pengakuan kekalahan kepada pesaing e-dagang tempatan seperti Alibaba dan JD.com, kata satu laporan hari ini.

    Pelopor e-dagang Amerika Syarikat itu akan mengekalkan operasi lain di China seperti Perkhidmatan Web Amazon (AWS), e-buku Kindle dan kumpulan antara sempadan yang membantu menghantar barangan daripada peniaga China kepada pelanggan di luar negara, kata Bloomberg News, memetik individu terdekat yang tidak dikenalpasti bagi rancangan itu.

    Mulai 18 Julai, laman web syarikat di China, Amazon.cn akan memaparkan produk yang diperoleh daripada rangkaian global, kata laporan.

    Seorang jurucakap Amazon tidak mengesahkan rancangan untuk mengaku kalah mengenai e-dagang domestik, namun berkata syarikat tersebut sedang menimbang untuk menumpu lebih pada jualan antara sempadan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda