Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    AmBank, WeChat Pay jalin kerjasama

    KUALA LUMPUR, 29 Mac – Kerjasama Kumpulan AmBank dengan WeChat Pay MY membolehkan pengguna membuat pembayaran dalam ringgit berbanding sebelum ini, di mana aplikasi terbabit hanya membenarkan transaksi menggunakan yuan China sahaja.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sulaiman Mohd Tahir, berkata AmBank berbesar hati dapat menjadi satu daripada dua bank tempatan yang bekerjasama dengan dompet elektronik yang mampu membuat transaksi merentasi sempadan dan secara domestik.

    “Sejak pelancaran WeChat Pay kami, bagi tujuan transaksi melepasi sempadan transaksi, kami telah menyaksikan peningkatan angka dari segi jumlah urus niaga, berikutan daripada kemudahan yang dinikmati pengguna melalui platform pembayaran ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Pihak bank telah melancarkan beberapa kempen bersifat peraduan melalui akaun rasmi WeChat bank sejak tahun lalu dan telah mengumpulkan sejumlah besar pengikut.

    “Ciri-ciri lain yang ada pada akaun rasmi WeChat AmBank, termasuk penjejak cawangan, permohonan kad kredit, pinjaman, skim persaraan swasta, unit amanah serta rujukan kadar tukaran asing yang ditawarkan oleh pihak bank,” kata Sulaiman.

    Beliau berkata, AmBank mahu meningkatkan keupayaan WeChat Pay bank itu bagi kemudahan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), yang mana ia akan membolehkan PKS mendapat faedah dan mengeksploit penggunaan dompet elektronik.

    “Langkah ini juga akan membolehkan AmBank menjadi peneraju dalam ekosistem dompet elektronik, khususnya PKS,” katanya. – Bernama

    Kerjasama Kumpulan AmBank dengan WeChat Pay MY membolehkan pengguna sekarang membuat pembayaran dalam ringgit berbanding hanya menggunakan yuan sebelum ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda