Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    AMBD adakan jerayawara kewangan ke Daerah Belait

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) dengan kerjasama Pejabat Daerah Belait, baru-baru ini, telah mengadakan Jerayawara Celik Kewangan ke Daerah Belait, di mana beberapa sesi taklimat telah disampaikan kepada para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung di Daerah Belait.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, jerayawara telah diisikan dengan beberapa sesi taklimat termasuk ‘Kenali Mata Wang Awda’ yang menerangkan mengenai cara-cara untuk mengenal pasti mata wang palsu dan juga mengenai undang-undang dalam Perintah Mata Wang, 2006 dan ‘Nilai Reputasi dan Aset Awda’ yang menerangkan mengenai peranan dan tanggungjawab Biro Kredit AMBD serta Sistem Pendaftaran Cagaran AMBD,

    Tajuk lain yang disampaikan termasuk ‘Nisbah Keseluruhan Khidmat Hutang’ yang menerangkan mengenai Nisbah Keseluruhan Khidmat Hutang (TDSR) dan ‘Jadilah Pintar Kewangan’ untuk melengkapkan hadirin dengan kebolehan untuk mengurus dan merancang kewangan mereka termasuk tatacara untuk mencapai matlamat kewangan masing-masing, pelindungan harta melalui insurans/takaful dan kepentingan untuk mempunyai dana kecemasan.

    Antara yang hadir mendengarkan jerayawara yang bertujuan bagi memberigakan tugas dan tanggungjawab AMBD sebagai bank pusat Negara Brunei Darussalam dan untuk meningkatkan lagi tahap celik kewangan di Negara Brunei Darussalam.

    AMBD juga telah menjual beberapa produk kenang-kenangan terbaru AMBD, iaitu produk-produk sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta dan Ulang Tahun yang ke-50 bagi Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang Di Antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

    Objektif jerayawara adalah untuk memberigakan tugas dan tanggungjawab AMBD sebagai bank pusat Negara Brunei Darussalam dan untuk meningkatkan lagi tahap celik kewangan di Negara Brunei Darussalam.

    Jerayawara ini merupakan yang pertama daripada siri jerayawara yang dikendalikan oleh AMBD ke empat-empat daerah yang mana ia akan diadakan lagi di Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Temburong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda