Sunday, February 16, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    AMBD adakan majlis bertahlil

    Oleh Ak Zaki Kasharan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) hari ini telah mengadakan majlis bertahlil khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

    Hadir di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku timbalan pengerusi Lembaga Pengarah AMBD dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Mokti bin Haji Mohd Daud.

    Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Hamzah bin Sulaiman, berserta ahli-ahli Lembaga Pengarah AMBD yang lain, pegawai-pegawai dan kakitangan AMBD.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan seterusnya, tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Zakaria bin Haji Mohd Salleh.

    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Mokti dan Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Hamzah menyertai majlsi bertahlil di Kubah Makam Diraja.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda