Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Usaha untuk membangunkan dan mentransformasikan sektor kewangan bukanlah tugas mudah di mana Rangka Tindakan Sektor Kewangan (FSBP) Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) 2016-2025 menggariskan aspirasi AMBD untuk membina sektor kewangan yang dinamik dan pelbagai yang dapat menyumbang kepada ekonomi negara selaras dengan Wawasan Brunei 2035.