Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amber Heard dilamar lelaki arab?

    Baru-baru ini panas dunia hiburan antarabangsa apabila pelakon, Amber Heard kalah dalam kes saman fitnah menentang bekas suaminya, Johnny Depp.

    Depp memenangi saman fitnah terhadap Heard selepas juri mendapati wanita tersebut telah memfitnah bekas suaminya itu. Heard mendakwa suaminya itu menderanya sepanjang hubungan mereka.

    Terkini, seorang lelaki dari Arab Saudi menawarkan diri untuk berkahwin dengan aktres Amerika Syarikat (AS) itu. Dalam nota suara yang disiarkan di akaun Instagram rasmi Heard, lelaki tersebut berjanji untuk mengisi hidup Heard dengan kegembiraan dan kebahagiaan.

    “Amber, memandangkan semua pintu sudah tertutup untuk awak, awak tiada sesiapa kecuali saya untuk menjaga awak.

    “Saya menyedari bahawa sesetengah orang membenci dan membuli awak. Oleh itu, saya memutuskan untuk berkahwin dengan awak.

    “Awak sangat berharga tetapi orang tidak menghargainya. Saya lebih baik daripada lelaki tua itu,” katanya dalam kiriman nota suara. – Agensi

    Amber Heard kalah dalam kes saman fitnah menentang bekas suaminya, Johnny Depp. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda