Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amber Heard timang cahaya mata kembar

    Sempena sambutan Hari Ibu, pelakon Amber Heard turut berkongsi khabar gembira yang kini memiliki tiga orang cahaya mata.

    Menyambut kelahiran sepasang anak damit kembar, Amber, 39, bagaimanapun tidak berkongsi lanjut secara terperici siapa bapa kepada anaknya itu.

    “Hari Ibu 2025 akan menjadi hari yang tidak akan saya lupakan! Hari ini juga secara rasmi saya mengalu-alukan anak kembar ke dalam keluarga Heard,” kongsinya.

    Anak damit perempuan berkenaan diberi nama Agnes manakala Ocean untuk anak lelakinya, lapor mStar.

    Amber memaklumkan perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan kaki tiga orang cahaya mata termasuk anak sulungnya Oonagh.

    Pelakon Hollywood, Amber Heard, melahirkan anak damit kembar. – mStar

    Tambah pelakon ini meskipun mengalami masalah kesuburan, kehadiran tiga orang anak itu menjadi pelengkap dalam hidupnya.

    “Menjadi seorang ibu sendiri dan dengan cara saya sendiri walaupun berdepan cabaran kesuburan adalah titik pengalaman paling bermakna dalam hidup saya.

    “Saya sentiasa bersyukur kerana saya dapat memilih ini dengan penuh tanggungjawab.

    Sekarang kegembiraan saya tiga kali ganda!,” luahnya.

    Pada Disember lalu, sumber terdekat Amber mendedahkan pelakon itu sedang menghitung hari kelahiran cahaya mata keduanya.

    Terdahulu, Amber menggunakan kaedah ibu tumpangan bagi mendapatkan anak sulungnya iaitu Oonagh yang kini berusia empat tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda