Sunday, January 5, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amber Rose selesa hidup sendirian

    Serik berdepan kisah pahit hubungan dahulu, selebriti Amber Rose (gambar) membuat keputusan tidak mahu lagi menjalinkan hubungan cinta di masa akan datang.

    Menurut Amber, 39, dia enggan berkongsi hidup tinggal serumah bersama pasangan kerana ia boleh mengganggu hubungannya dengan anak-anak.

    “Saya mahu kekal solo seumur hidup. Saya tak mahu kongsi rumah atau kehidupan dengan orang lain. Saya juga tak mahu ada orang mendekati anak-anak saya.

    “Saya tidak ada masalah dengan hidup sekarang ini. Malah sangat gembira tidak berkongsi katil dengan sesiapa,” katanya dalam satu temubual.

    Amber sebelum ini pernah bercinta dengan Kenya West selama dua tahun sebelum mengumumkan perpisahan mereka pada 2010.

    Kemudian dia berkahwin dengan Wiz Khalifa pada 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.

    Pasangan ini sah bercerai pada selepas setahun hidup bersama.

    Sekitar tahun 2017, Amber mula rapat dengan penyanyi rap 21 Savage, namun ketika itu dia mengakui masih mengingati Khalifa.

    Kali terakhir dia dilihat bercinta adalah bersama penyanyi Alexander Edwards dan mereka memiliki seorang anak lelaki bersama. – Agensi

    Amber Rose serik berkahwin sehingga memutuskan untuk hidup sendiri dengan anak-anaknya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda