Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Nissan Brunei mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai aktiviti Social Media-Catch a Nissan bagi merebut peluang memenangi baucar tunai bernilai $10,000 dengan hanya merakamkan seberapa banyak gambar model kereta Nissan.
Dalam aktiviti ini, peserta hanya perlu berkongsi gambar-gambar kereta Nissan dengan memaparkan logo Nissan sama ada di hadapan atau belakang kereta sambil memegang alatan yang diberikan oleh pihak penganjur dalam setiap gambar yang dikongsikan.
Gambar-gambar yang telah diambil hendaklah dimasukkan ke akuan Instagram atau akaun baharu setiap peserta dengan menukar set mode yang membolehkan orang ramai melihatnya.
Bukan setakat itu, peserta juga boleh merakamkan gambar-gambar kereta Nissan di masa saja sambil menutup nombor kereta yang diambil.
Aktiviti yang telah bermula minggu lalu hingga pertengahan Oktober itu terbuka kepada peserta yang berumur 14 tahun ke atas di mana setiap peserta hanya perlu membuat pendaftaran di bilik pameran Nissan cawangan Beribi, Kuala Belait atau bilik pameran Automagination Lambak.
