Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ambil iktibar kes guru tidak hadir mengajar disaman pelajar

    KOTA KINABALU, 1 OGOS – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan semua guru di Sabah, supaya mengambil iktibar daripada kes seorang guru di sebuah sekolah di Kota Belud yang disaman pelajar sendiri, kerana tidak hadir mengajar.

    Beliau yang jelas kecewa dengan kejadian berkenaan berkata kes seumpama itu, diharap tidak berulang pada masa akan datang, demi memastikan setiap pelajar di negeri itu mendapat pendidikan berkualiti daripada semua guru.

    “Apa yang penting ialah memberi ilmu pengetahuan dan pembelajaran kepada anak-anak di sekolah, kerana pendidikan amat penting. Kita tidak mahu mereka ketinggalan dan rugi dalam pembelajaran di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri ke-34 di sini, hari ini.

    Pada Julai lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengarahkan tiga bekas pelajar Sekolah Menengah Ke-bangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud, dibayar pampasan masing-masing
    RM50,000 atas kegagalan guru Bahasa Inggeris hadir ke kelas selama tujuh bulan pada 2017. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda