Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ameera Khan mengaku bukan Melayu tapi berdarah Arab, Pakistan

    Menyedari dirinya kerap dikecam, pempengaruh media sosial Ameera Khan lebih selesa mengaku lahir sebagai bangsa Melayu walaupun sebenanya memiliki darah campuran.

    Ameera, 25, berkata, ibunya iaitu Noor Kartini berdarah Arab manakala bapanya, Abdul Halim Khan pula berketurunan Pakistan menjadi bukti dia bukan berketurunan Melayu.

    “Saya bukan tak mahu cakap saya berbangsa Melayu tetapi hakikatnya memang bukan! Bukan tak mahu mengaku tetapi memang ibu bapa tiada darah Melayu.

    “Ibu saya berdarah Arab, bapa pula Pakistan, tiada darah Melayu,” katanya menerusi siaran langsung di Instagram miliknya.

    Meskipun tidak mempunyai darah Melayu namun Ameera akui dia fasih berbahasa kebangsaan selain mahir bertutur dalam dialek Kelantan memandangkan ibunya lahir di negeri berkenaan.

    “Tapi saya dilahirkan dan dibesarkan di sini,  tentu boleh bercakap Melayu dan berdialek Kelantan terutamanya. Kalau tak boleh itu memang boleh tampar muka saya!

    “Saya ingat cerita tentang bagaimana ibu saya dibesarkan di Kelantan, tetapi lebih baik tanya dia sendiri,” ujarnya.

    Jelas Ameera, dia kini lebih selesa mengakui dirinya sebagai orang Melayu kerana malas berbahas dengan orang ramai mengenai keluarganya. 

    “Kalau orang tanya sama ada saya orang Melayu atau tidak, saya iyakan sahaja. Jika cakap bukan Melayu nanti orang cakap tak sedar diri pula. Kalau jawab tidak, orang akan pertikai,” kongsinya. – Agensi

    Ameera bersama ibunya yang berdarah Arab. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda